Friday, November 19, 2010
KISAH NABI SYU'AIB a.s.
Posted by imanina at 2:59 AM
Thursday, November 18, 2010
Zaman Prasejarah
Posted by imanina at 5:25 AM
Sunday, June 20, 2010
MAYAT BANGUN DARI KUBUR
Posted by imanina at 2:03 AM
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Posted by imanina at 2:02 AM
KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Posted by imanina at 2:02 AM
Monday, April 5, 2010
Bagi aku tiada kisah cinta yang paling menyayat hati di abad ini selain daripada kisah Natrah apatah lagi kita bukan saja kehilangan seorang gadis, tetapi kita juga kehilangan seorang umat Islam di bumi ini…hanya kerana undang-undang yang zalim dan kejam aku tidak tahu sama ada generasi muda hari ini masih ingat kisah Natrah atau tidak, ini kerana kisahnya tidak begitu ‘diangkat’ dalam buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kalau ada pun material berbentuk buku atau penulisan, ia ada dizahirkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore. namun yang paling diingati sudah tentu penyelidikan dan penulisan bekas wartawan Dewan Masyarakat (kini Karyawan Tamu UTM), Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrah di Belanda tidak lama dulu dari segi visual pula, bekas Pengerusi Utusan Malaysia Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2 (1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah aku pernah menonton kedua-dua filem berkenaan yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, watak Natrah dilakonkan oleh gadis kacukan Inggeris, Datuk Seri Noraini Jane yang kini telah pun berkahwin dengan adik Raja Nazrin, Raja Kechil Tengah Raja Datuk Seri Ashman Shah. malangnya kedua-dua filem ini tidak lagi pernah diulang tayang di kaca televisyen, aku harap RTM dapat menyiarkannya kembali supaya masyarakat lebih memahami kisah sebenar yang menimpa Natrah berbalik kepada cerita Natrah, kisahnya menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda, setelah itu dia diKristiankan semula dengan nama Bertha Hertogh Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam. Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu. Natrah pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda. Sebuah filem mengenai Natrah arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya malah pada pertengahan tahun 70-an, Natrah pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya kini Natrah sudah pergi buat selama-lamanya, semalam beliau akhirnya meninggal dunia akibat menderita penyakit leukimia di rumahnya di Huijbergen, Belanda dalam usia 72 tahun namun percayalah, matinya Natrah bukan bermakna matinya sejarah jauh di sudut hati aku ingin mengirimkan Al-Fatihah buat rohnya, malang sekali dia bukan lagi Natrah seperti yang kita baca dalam buku sejarah, tetapi seorang wanita malang yang bernama Bertha Hertogh!matinya Natrah…bukan bermakna matinya sejarah!
Posted by imanina at 3:33 AM
Sunday, April 4, 2010
Doa di dalam al-Qur'an Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya, "Pemelihara kamu berkata, 'Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60) Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan merendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya, "Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia ..... dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik." (7:55-56) Juga, Allah diseru dengan menuluskan agama untuk-Nya "Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (40:65) Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah menjadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya, "Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa." (17:11) "Manusia tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa." (41:49) Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah. Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah, adalah, pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik, berbunyi, "Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7) Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an: "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh." (2:67) "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201) "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:250) "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi. "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16) "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:36) "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa." (3:38) "Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau menurunkan, dan kami mengikuti rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan." (3:53) "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya." (3:147) "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api. "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114) "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." (7:23) "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126) "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." (7:143) "Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (7:151) "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." (7:155-156) "Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya." (10:85-86) "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih." (10:88) "Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi." (11:47) "Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101) "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung. "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24) "Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap." (17:80-81) "Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami." (18:10) "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini." (18:24) "Seperti yang Allah mengkehendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah" (18.39) "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati." (19:4-6) "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku." (20:25-28) "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114) "Sesungguhnya, penderitaan telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (21:83) "Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu menyifatkan." (21:112) "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku." (23:26) "Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan." (23:29) "Wahai Pemeliharaku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim." (23:93-94) "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98) "Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:109) dan, "Wahai Pemeliharaku, ampunilah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan." (23:118) "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal." (25:65-66) "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74) "Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (26:83-89) "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19) "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." (28:16) "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul." (28:22) "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku." (28:24) "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan." (29:30) "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami" (34:19) "Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100) "Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (38:35) "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim. "Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik." (43:13-14) "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." (46:15) "Aku dikalahkan; tolonglah aku!" (54:10) “Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10) "Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (60:4-5) "Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11) “Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan. "Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5) "Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-5) Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi: "Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Rujukan: Tidak menjadi orang bodoh:
Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'" (2:127-129) Yang baik di dunia dan di akhirat:
Ketika bertemu musuh dalam peperangan:
Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:286) Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu." (3:8-9) Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:
Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):
Mendapatkan anak:
Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:
Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:
Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):
Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu." (3:191-194) Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:
Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:
Kesabaran dan kemusliman:
Taubat:
Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:
Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:
Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:
Doa Nabi Musa terhadap Firaun:
Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:
Doa Nabi Yusuf:
Doa Nabi Ibrahim:
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:35-41) Doa untuk ibu bapa:
Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an):
Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:
Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:
Apabila memasuki kebun:
Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:
Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:
Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):
Apabila disentuh penderitaan:
Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:
Setelah didustakan orang:
Tempat berlabuh (kapal):
Tidak diletakkan bersama orang zalim:
Perlindungan daripada syaitan:
Memohon ampun dan dikasihani:
Dipalingkan daripada azab Jahanam:
Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:
Doa Nabi Ibrahim:
Doa Nabi Sulaiman:
Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):
Mencari arah ke tempat yang baik:
Memohon rezeki:
Pertolongan terhadap orang jahat:
Jauhkan perjalanan (pengembaraan):
Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):
Doa Nabi Sulaiman:
Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an:
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9) Ketika menaiki kenderaan:
Doa ketika sampai usia 40 tahun:
Setelah dikalahkan:
Orang yang beriman kemudian:
Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:
Doa isteri Firaun yang beriman:
Doa Nabi Nuh:
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28) Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:
Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan." (3:26-27)
Kalimat seru di dalam al-Qur'an
Posted by imanina at 5:52 AM